Jumat, 25 Januari 2013

Kasihat Buah



Khasiat Kacang Tanah

Kacang tanah adalah makanan yang cukup digemari di Malaysia. Samada dijadikan kacang rebus, kacang goreng ataupun dimasukkan didalam hidangan seperti nasi lemak ataupun rojak. Keenakan rasanya membuatkan hampir semua golongan suka menikmatinya terutamanya ketika menonton wayang, tv ataupun perlawan bola sepak.


Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks serta fosforus. malahan kandungan protin yang terdapat didalam kacang tanah jauh lebih tinggi dari daging, telur ataupun kacang soya. Kacang juga mengandungi asid amino yan tinggi sementara minyak dari kacang tanah adalah salah satu sumber yang terbaik pencuci perut. Bagi ibu yang menyusukan anak digalakkan mengambil hidangan kacang tanah yang dipanggang (goreng tanpa minyak) beserta dengan susu kambing untuk menambahkan kandungan susu badan.


Kandungan yang terdapat didalam kacang tanah mampu membina ketahan tubuh badan bagi menentang penyakit terutamanya batuk kering. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari amat digalakkan bagi pesakit kencing manis untuk menambahkan zat di badan.


Apakah khasiat kacang tanah? Ramai orang tidak mengetahui bahawa kacang tanah mampu meningkatkan ghairah terutamanya pada sang jejaka. Seseorang yang mengamalkan memakan kacang tanah hampir setiap hari akan mengurangkan risiko mati pucuk. Kenapa perlu berbelanja lebih untuk membeli viagra sedangkan anda boleh dapatkan khasiat yang sama dari kacang tanah?


Kacang tanah juga mengandungi lemak yang baik untuk melebarkan pembuluh darah jadi bila anda memakan kacang tanah, ia akan mengurangkan risiko pembuluh darah menjadi sempit ataupun tersumbat. Secara automatiknya mengurangkan risiko sakit jantung. Cadangan hidangan adalah sebanyak satu auns lima kali seminggu. Selamat mencuba..










Khasiat Kentang

Selain mengandungi karbohidrat, kentang juga kaya dengan Vitamin C dan selain ia boleh mengurangkan atau mencegah Hipertension. Hanya dengan memakan 200 gram kentang, keperluan  vitamin C sehari telah anda penuhi. Kentang memiliki kadar air yang cukup tinggi, iaitu sekitar 80%. Itulah yang menyebabkan kentang segar cepat rosak, sehingga ianya perlu disimpan dengan baik. Kentang boleh dihidangkan dengan berbagai cara, digoreng, direbus, dipanggang, disajikan bersama daging serta sayuran, atau sebagai campuran kuih-muih. Mempelbagaikan kentang menjadi kerepek, tepung dan lain-lain lagi adalah untuk memanjang daya guna kentang tersebut.

Di beberapa negara, tanaman yang mempunyai 200 spesies ini meniadi makanan pokok. Dengan bentuk yang sederhana, kentang memiliki manfaat yang banyak, hal ini dimungkinkan berkat kandungan yang ada di dalamnya. Misalnya kalsium yang tinggi yang terdapat didalam kentang bermanfaat untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. 

Kandungan air per 100 gram kentang ialah 82 gram, dengan nilai protein sebanyak 2 gram, kälori sebanyak 70kkal dan karbohidrat sebanyak 19 gram. Selain kandungan-kandungan tersebut, kentang juga memiliki kandungan lain seperti zat besi dan riboflavin yang penting bagi tubuh. 

Demikian pula dengan vitamin yang ada pada kentang. Sebut saja vitamin C yang mengandung antioksidan yang baik untuk mengusir radikal bebas dalam tubuh. Untuk memperolehi vitamin C dengan maksima pilihlah kentang yang baik keadaannya, antaranya memilih yang tidak bertunas, kulitnya tidak berkedut, tidak ada bercak kehijauan, dan tidak ada lubang pada permukaannya.

Namun, disamping beberapa manfaat tadi, kentang juga mengandung solanium, yang masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan mual, sakit perut, muntah serta sakit kepala. Jadi adalah disarankan supaya membasuh kentang sebelum dimasak supaya kamdungan solanium yang terdapat didalamnya dapat dikurangkan ataupun dihilangkan.

Mengamalkan memakan kentang samada secara direbus, dibakar (Tanpa minyak) dengan kerap dalam masa sekurang-kurang sebulan akan mengurangkan berat badan serta mengurangan tekanan darah tinggi. 
 
 

Khasiat Durian Belanda


RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan
yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit
hati.


Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-biritKulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.



Khasiat Tembikai

Bayangkan anda tengah memakan tembikai yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Dahlah cuaca sekarang agak panas. Ermmm.... sedapnya..Selain kesedapannya, tembikai sebenarnya adalah salah satu menu untuk anda kuruskan badan. Makan tembikai sebagai pembuka selera bukan sebagai pencuci mulut, ia pasti akan mematahkan selera anda untuk terus menikmati makanan yang pasti tidak sesuai untuk tubuh anda ( cuba amalkan, jika anda teringin makan makanan yang pasti mengemukkan badan anda, cuba makan tembikai sebelum itu. Jangan bimbang pasal kalori sebab tembikai rendah kalorinya. Lagipun tembikai mempunyai 92% air dan 8% gula.

Jika anda menghidap kanser, tembikai sebenarnya merupakan agen untuk memerangi kanser didalam tubuh anda. Ia bolehlah dikategorikan sebagai makanan pencegah kanser. Vitamin didalam tembikai mampu memperbaiki sel-sel badan yang rosak juga berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mencegahnya dari terus tumbuh.

Jika anda seorang yang rabun ayam ( penglihatan tak jelas diwaktu malam), memakan tembikai adalah alternatif yang baik sebab tembikai akan membantu anda dalam masalah ini.

Bagi lelaki yang gemar memakan tembikai, mereka mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap kanser prostat.

Memakan tembikai juga akan merendahkan tekanan darah bagi yang menghidap darah tinggi. Pengambilan tembikai bagi ibu yang mengandung mampu menghalang bayi didalam kandungan dari mengalami kecacatan (kecacatan otak dan saraf tunjang) dan juga penyakit jantung.




Khasiat Manggis

Hitam-hitam sitampok manggis. Walaupun hitam dipandang manis.Nama jolokkannya adalah "queen of fruit" ini memiliki nama kimia "Garnicia mangostana". Tanaman yang berasal dari hutan tropika di kawasan Asia Tenggara, iaitu hutan belantara Malaysia atau Indonesia. Buah manggis memiliki banyak manfaat kerana ianya kaya dengan kandungan antioksidan pada kulit dan buahnya.

Beberapa khasiat buah manggis:
  • Mencegah penyakit yang serius, buah manggis memiliki kandungan zat xanthones yang bermanfaat untuk mengatasi penyakit-penyakit serius seperti kanser, diabetes, jantung, arthritis, alzheimer, dan lainnya. Zat xanthones yang di hasilkan manggis dapat menghindarkan pelbagai penyakit yang blh menyebabkan peradangan, seperti artritis dan alzheimer (merupakan salah satu penyakit disfungsi otak). Selain itu xanthone juga bermanfaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kulit buah manggis juga multi khasiat yaitu antikanser, antioksi dan mujarab mengatasi koroner jantung, HIV, dan sebagainya. Ekstrak kulit manggis bersifat antiproliferasi dapat menghindar pertumbuhan sel kanser. Selain itu ekstrak tersebut juga bersifat apotosis penghancur sel kanser. Kandungan zat xanthone yang terdapat padanya mampu merawat beberapa jenis penyakit kanser seperti kanser hati, pencernaan, paru-paru dan sebagainya. Xanthone dalam kulit manggis juga mampu mengatasi penyakit tuberkulosis (TBC), asma, leukimia, antiinflamasi, dan antidiare.
  • Menghilangkan rasa sakit, seorang doktor di Amerika Syarikat mengaku telah mengganti ubat-ubatan penghilang rasa sakit yang diderita di lehernya dengan mengambil buah manggis secara rutin. Buah manggis juga berkhasiat mengurangi rasa sakit.
  • Melawan radikal bebas, buah manggis mengandung catechins yang terbukti lebih efektif dan lebih berdaya guna dibandingkan vitamin C atau vitamin E dalam melawan radikal bebas yang ada di dalam tubuh kita. Doktor Frederc Templeman yang menulis buku “A Doctor Challenge, A Mangosteen Solution” menyarankan mengambil buah manggis setiap hari sebagai makanan tambahan (suplemen), akan mendapatkan zat antioksidan lebih banyak dibandingkan suplemen lain yang ditawarkan dalam ubat-ubatan. Selain itu kandungan alpha-mangostin dan gamma-maostin pada buah manggis juga bersifat sebagai antibakteria. Alpha-magodtin juga diketahui mempunyai efek yang sama bagusnya dengan antibiotik yang berada di pasaran seperti amphicillin dan minocycline.
  • Mengurangi tekanan darah tinggi, hypertension atau tekanan darah tinggi juga terjadi kerana adanya gangguan pada pembuluh darah, dan risiko terhadap penyakit jantung dan stroke. Buah manggis boleh mengatasinya, terutama untuk menormalkan berat badan.

 

Khasiat Buah Mengikut Warna

Jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan menentukan kejayaan seseorang dalam menjalankan program pengendalian berat badan. Rujukan warna di bawah ini boleh membantu memadupadankan makanan, kerana setiap warna makanan, khususnya buah-buahan, menandakan manfaat yang berbeza bagi tubuh kita.

   
1. Merah
      
Sayuran dan buah berwarna merah mengandung banyak pigmen melawan penyakit. Juga diketahui mengandungi likopen, zat yang berperanan menjaga kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko kanser. Contohnya tomato, strawberry, semangka, epal, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah. Sedangkan yang mengandungi oksidan yang paling tinggi adalah strawberry, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah.
 2. Oren
      
Ubi jalar, jeruk squash, wortel, blewah, labu, persik, mangga, apricot, dan pepaya adalah beberapa contoh buah / sayur berwarna oren. Tiap satu porsi dari mereka menyumbang banyak beta karoten yang menyehatkan tubuh serta alpha karoten yang efektif melawan kanser. Sedangkan setengah mangkuk buah berwarna oren boleh mencukupi keperluan vitamin C dalam tubuh. Dan sekadar tambahan maklumat, bebereapa program diet menganjurkan wortel karena kandungan gula alaminya sangat besar. Padahal, menurut buku Color Code: A Revolutionary Eating Plan for Optimum Health karangan James A. Joseph, Ph. D, Daniel A. Nadeu, MD, dan Anne Underwood, kandungan serat wortel mencegah gula bergegas masuk ke aliran darah yang akan menyebabkan melonjaknya kandungan insulin di dalam darah. 

   3. Kuning
      
Ragam buah berwarna kuning di antaranya pisang, jeruk nipis, jeruk manis, anggur, kentang kuning, dan jagung. Buah-buahan ini diketahui mengandungi vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh, serta mengandungi potassium yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pembentukan plak di arteri, serta berfungsi sebagai pencahar alami.
   4. Hijau
      
Warna hijau pada sayuran menandakan hubungan kandungan sulforaphane, isothiocyanate, dan indoles. Menurut Heber, mereka dapat merangsang level pembuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, makin banyak klorofil yang dikandungnya dan semakin besar pula keperluan untuk perlindungan antioksidan. Contoh sayur-sayuran hijau di antaranya adalah brokoli, salad, bayam, bok choi dan teh hijau. Mengenai teh, berdasarkan penelitian, teh bisa memberi dorongan pada metabolisme tubuh. Hal ini diduga disebabkan oleh kandungan polyphenol dan kafein yang terdapat dalam teh, yang bersatu untuk membuka proses pembakaran lemak pada nilai kawalan yang berbeza. 
   5. Coklat
      
Bahan makanan berwarna coklat di antaranya roti dan biji-bijian, bijirin, granola, dan kacang-kacangan. Kebiasaan mengambil makanan berbiji tidak hanya mengenyangkan, tetapi juga boleh membantu membuang racun penyebab penyakit. Biji-bijian yang kaya akan vitamin B dapat meningkatkan kemampuan tubuh dalam mengubah kalori menjadi tenaga.

   6. Putih
      
Bahan makanan berwarna putih seperti tahu, bawang putih, keju rendah lemak, yogurt, dan susu sangat bagus untuk tubuh kerana mengandungi banyak flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Produk susu rendah lemak juga boleh membantu daya kerja jantung, kalsium untuk membina tulang, dan juga untuk menurunkan berat badan. 

   7. Biru - Ungu
      
Sayuran dan buah-buahan berwarna biru - ungu, contohnya adalah terung, kismis, dan wain. Kandungan magnesium pada anggur dan kismis sangat diperlukan untuk pergerakan feses yang baik. Kulit anggur juga merupakan pencahar (laksatif) yang baik. Kandungan airnya cukup tinggi, sehingga dapat menambah cairan yang diperlukan. Sedangkan terung dapat menurunkan kadar kolesterol dan asam empedu di dalam usus dan menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandungi pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.
 
 
 

Khasiat Epal Untuk Jantung

Terdapat pelbagai sebab kenapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari.Mereka yang makan lebih 5 biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak memakan epal. Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan serta kulit. Buah epal merah misalnya, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena (bad cholesterol). Epal merah mengandungi kompenan likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid. Epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah. 
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar